KPLI
- PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA
Penyelaras : En. Azmi bin MOhamad @ Md. Jalani
Pensyarah : Puan Hajah Asiah binti Mat Taib
Sinopsis KursusKursus ini memberi penekanan terhadap unsur-unsur patriotisme sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang unik, berdaulat, bersatu padu, maju, aman , dan makmur. Pendekatan tema seperti keunikan negara, perpaduan dan integrasi nasional, kedaulatan negara dan hala tuju negara dilihat sebagai tonggak pembinaan sebuah negara. Usaha membina negara bangsa Malaysia bermula dengan pembinaan insan yang seimbang berasaskan keilmuan, kerohanian, dan kemahiran yang disepadukan dengan tiga elemen penting iaitu patriotisme, nasionalisme, dan ideologi kebangsaan. Hasilnya, akan lahir insan guru yang mempunyai semangat patriotik, semangat kebangsaan dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin serta berusaha dan produktif. Ciri-ciri ini seterusnya akan mampu menjadi penggerak dalam profesion perguruan seorang guru bagi membawa generasi akan datang melangkah dengan yakin dalam menghadapi cabaran globalisasi dan pendidik bertaraf dunia.


